Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan baru untuk faedah pengangguran catat bacaan yang baik dengan prestasi menurun pada minggu lalu ke paras terendah hampir 18 bulan. Ini membawa indikasi bahawa pertumbuhan pekerjaan terhalang disebabkan kekurangan tenaga kerja bukannya kurangnya permintaan pekerja.
Tuntutan awal untuk faedah pengangguran adalah sebanyak 310,000, turun 35,000 bagi minggu yang berakhir pada 4 September berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja pada hari Khamis. Bacaan ini juga kurang berbanding tinjauan para pakar ekonomi yang mensasarkan jumlah tuntutan hanya 335,000.
Bacaan ini adalah tahap terendah sejak pertengahan Mac 2020 ketika penutupan mandatori perniagaan bukan keperluan dilaksanakan sebagai langkah untuk mengekang penularan Covid-19.
Setahun yang lalu, negara telah mencatat hampir 1.5 juta tuntutan baru seminggu berikutan penutupan sektor ekonomi. Walaubagaimanapun, seiring peningkatan vaksinasi yang lebih meluas dan kes-kes jangkitan Covid-19 semakin menurun secara mendadak telah mendorong peningkatan dalam pekerjaan.
Laporan tuntutan pengangguran ini menjadi indikasi untuk mengukur keadaan ekonomi dan pasaran buruh.
Pasaran yakin bahawa masalah tenaga pekerja akan semakin mereda pada bulan September dengan pembukaan kembali beberapa sektor perniagaan dan sekolah.
US dolar didagangkan susut dengan penyusutan 0.07% kepada 92.585.