Penggubal polisi dari Bank Pusat Eropah Belanda (ECB) Klaas Knot pada hari Isnin telah tampil memberi peringatan untuk para pelabur mengenai risiko yang sedang dihadapi. Pelabur perlu menyedari risiko kenaikan inflasi untuk mengelakkan penyesuaian kejutan, walaupun kenaikan harga masih kelihatan sementara.
Kata gabenor bank pusat Belanda, “selera risiko semasa di pasaran hanya dapat ditopang oleh inflasi rendah dan kadar faedah rendah”.
Beliau secara amnya menjangkakan kenaikan inflasi hanyalah satu perkara yang sementara namun para penggubal polisi dan pemain pasaran harus mempertimbangkan senario lain dengan inflasi secara struktural dan kadar faedah yang lebih tinggi. Tanpa pertimbangan tersebut ia dapat menyebabkan kejutan penurunan harga di masa hadapan.
Kenaikan harga tenaga mendorong inflasi di zon euro menjadi 3.4% pada bulan September, tahap tertinggi sejak 2008. Walaubagaimanapun, inflasi masih dijangka perlahan tahun hadapan kerana kesan kenaikan harga tenaga semakin menurun.
Kata Knot, “pengaruh harga tenaga terhadap inflasi bersifat sementara namun memiliki kebarangkalian untuk terus meningkat dan mendorong inflasi”.
Dalam masa yang sama, inflasi juga dapat didorong oleh sekatan bekalan global, yang berkemungkinan lebih lama dari jangkaan. Hal ini berkemungkinan oleh penyesuaian semula dalam perdagangan antarabangsa.