Beberapa hari setelah mencapai kata sepakat dalam kalangan the Fed bahawa pasaran tenaga kerja telah melepasi syarat pulih yang ditetapkan. Hal ini secara tidak langsung, the Fed bersedia untuk menarik sokongan rangsangan ekonomi.
Pada hari Jumaat, pengerusi the Fed Jerome Powell mengadakan sesi diskusi dengan sebilangan besar pemain ekonomi untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai hala tuju dan kesihatan ekonomi.
Dalam ucapan yang disiapkan oleh Powell tidak menjelaskan prospek dasar ekonomi atau monetari yang telah digariskannya pada penutupan mesyuarat Fed dua hari pada hari Rabu.
Sebelum ini Powell menyatakan bahawa beliau secara peribadi berpendapat ekonomi telah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Fed sebelum pengurangan pembelian aset bulananya. The Fed mengharapkan lagi sekali laporan pekerjaan bulanan ‘cukup baik’ sebelum mengumumkan langkah.
Dalam masa yang sama, the Fed tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama dengan menaikkan kadar faedah terlalu tergesa-gesa. Justeru the Fed menjangkakan akan menaikkan kadar faedah pada suku bunga pertama tahun hadapan.
Atas dasar itu Powell dan pegawai tertinggi Fed pada hari Jumaat bersedia mendengar mengenai keadaan di seluruh negara dari para pemain ekonomi.