• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Haily Group Sasar Raih RM20.4 Juta Menerusi IPO

Haily Group Sasar Raih RM20.4 Juta Menerusi IPO

30 June 2021
Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

30 October 2026
Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

30 October 2026
FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

30 October 2026
Harga Emas Terus Merosot, Jangkaan Kenaikan Fed Meningkat!

Harga Emas Terus Merosot, Jangkaan Kenaikan Fed Meningkat!

30 October 2026
BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

30 October 2026
Ringkasan Pagi: Minyak Kembali Mendaki, Yen Menanti BOJ

Ringkasan Pagi: Minyak Kembali Mendaki, Yen Menanti BOJ

30 October 2026
Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

29 October 2026
Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

29 October 2026
PCE Teras Pecut 3.1%! Sasaran 2% The Fed Makin Jauh Buat Pasaran Kian Cemas

PCE Teras Pecut 3.1%! Sasaran 2% The Fed Makin Jauh Buat Pasaran Kian Cemas

29 October 2026
Ramalan Harga Minyak: Kekal Tinggi, Ketegangan Yaman Cetus Risiko Bekalan

Ramalan Harga Minyak: Kekal Tinggi, Ketegangan Yaman Cetus Risiko Bekalan

29 October 2026
Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

29 October 2026
Diplomasi Iran-AS Redakan Harga Minyak

Diplomasi Iran-AS Redakan Harga Minyak

29 October 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Friday, 30 October 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    Harga Emas Terus Merosot, Jangkaan Kenaikan Fed Meningkat!

    Harga Emas Terus Merosot, Jangkaan Kenaikan Fed Meningkat!

    Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

    Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

    PCE Teras Pecut 3.1%! Sasaran 2% The Fed Makin Jauh Buat Pasaran Kian Cemas

    PCE Teras Pecut 3.1%! Sasaran 2% The Fed Makin Jauh Buat Pasaran Kian Cemas

    Ramalan Harga Minyak: Kekal Tinggi, Ketegangan Yaman Cetus Risiko Bekalan

    Ramalan Harga Minyak: Kekal Tinggi, Ketegangan Yaman Cetus Risiko Bekalan

    Harga Emas Susut Selepas Fed Kekalkan Kadar Faedah

    Harga Emas Susut Selepas Fed Kekalkan Kadar Faedah

    Bank of Canada Turunkan Kadar Dasar – Kekalkan Nada Berwaspada

    Selepas 3 Tahun Menunggu: Bank of Canada Naik Kadar Faedah Kepada 2.50%!

    Belanjawan Britain: Siapa Untung, Siapa Terpaksa Berkorban?

    Belanjawan Britain: Siapa Untung, Siapa Terpaksa Berkorban?

    Perang Dingin Penggubal Dasar: Kevin Warsh Ditekan Sebelum FOMC!

    Perang Dingin Penggubal Dasar: Kevin Warsh Ditekan Sebelum FOMC!

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

    Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

    Ramalan EUR/USD: Berdepan Tekanan Baharu Menjelang Keputusan ECB

    Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

    Ringkasan Pagi: Fed “On Hold”, Data AS Bakal Uji Dolar

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    Euro Terus Merosot, Penurunan Dijangka Berterusan 

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Fed Jadi Penentu

    Ringkasan Pagi: Dolar Menguat, Fed Jadi Penentu

    Ringkasan Pagi: Minyak Surut, Dolar Menanti Fed

    Ringkasan Pagi: Minyak Surut, Dolar Menanti Fed

    Fed & ECB Jadi Tumpuan, Ke Mana Hala Tuju EUR/USD?

    Fed & ECB Jadi Tumpuan, Ke Mana Hala Tuju EUR/USD?

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

    Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

    BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

    BTC Dibadai Tekanan Jualan, XRP Susut Walaupun Ripple Berkembang

    Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

    Baru Nak Pulih, Bitcoin Ditekan Lagi! Apa Yang Merisaukan Pasaran?

    BTC & XRP Masih Terperangkap, Data AS Jadi Tumpuan

    BTC Menghampiri Fasa Pergerakan Besar, XRP Masih Mendatar

    BTC Tertekan, XRP Pulih Selepas Kelulusan Bank Ripple

    BTC Tertekan, XRP Pulih Selepas Kelulusan Bank Ripple

    Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

    Perangkap Pilihan Raya Menanti? Pasaran Kripto Terumbang-ambing!

    Ripple Terima Kelulusan Akhir OCC Untuk Tubuhkan Bank Amanah Nasional!

    Ripple Terima Kelulusan Akhir OCC Untuk Tubuhkan Bank Amanah Nasional!

    BTC Sukar Pulih & XRP Berdepan Risiko Jatuh Lebih Rendah?

    BTC Menanti Keputusan Fed, XRP Belum Mampu Bangkit

    Ramalan Bitcoin & XRP: Paras Ini Jadi Perhatian

    BTC Pulih Selepas Kejatuhan, XRP Hampiri Paras Kritikal $1.26

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Di Sebalik Bedilan Laut Merah: Mengapa Saham Wall Street Masih Kebal?

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Saham Teknologi ‘Berdarah’: Nasdaq Jatuh Lagi, Wall Street Masuk Zon Bahaya!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ini 3 Tips Para Pelabur Saham Boleh Lakukan Jika Perang Dagang Semakin Tegang!

    Baru Sehari Lepas Rekod 7,800: Dow Jones Tiba-Tiba Jatuh 451 Mata, Mengapa?

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Saham Saham Lokal

Haily Group Sasar Raih RM20.4 Juta Menerusi IPO

Team INTRADAY by Team INTRADAY
30 June 2021
in Saham Lokal
0
Haily Group Sasar Raih RM20.4 Juta Menerusi IPO
30
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Haily Group Bhd berhasrat mengumpul sejumlah RM20.4 juta melalui pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) ketika disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 21 Julai kelak.

Haily merupakan kontraktor utama yang terlibat dalam pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman di wilayah selatan Semenanjung Malaysia, khususnya di Johor dan turut terlibat dalam penyediaan sewa mesin dan jentera pembinaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Yoong Woei Yeh, IPO berkenaan melibatkan terbitan awam sebanyak 30 juta saham baharu pada harga 68 sen sesaham, mewakili kira-kira 16.83% daripada modal saham terbitan syarikat yang diperbesar

Daripada 30 juta saham itu, syarikat tersebut menawarkan 8.92 juta saham kepada orang ramai melalui proses pengundian dengan sekurang-kurangnya 50% diperuntukkan bagi pelabur Bumiputera.

“Sebanyak 10 juta lagi untuk para pengarah, pekerja dan pihak yang memenuhi syarat yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan manakala 11.08 juta kepada pelabur terpilih melalui penempatan persendirian.

“Di samping itu, penawaran untuk dijual akan dilakukan oleh promoternya yang melibatkan 18.00 juta saham biasa sedia ada dalam Haily melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih yang dijangka dapat meningkatkan perolehan kasar sebanyak RM12.24 juta. Promoternya terdiri daripada Haily Holdings Sdn Bhd, See Tin Hai dan Kik Siew Lee,” jelas beliau.

Secara keseluruhannya, Yoong berkata, IPO berkenaan akan menjana perolehan kasar sebanyak RM32.64 juta dengan RM20.40 juta adalah daripada terbitan awam dan RM12.24 juta daripada tawaran untuk dijual.

Daripada RM20.40 juta yang akan diperoleh daripada terbitan awamnya, beliau berkata RM4.20 juta akan digunakan untuk pembelian mesin pembinaan, peralatan serta perisian pengurusan kontrak dan perakaunan dan peralatan pejabat baharu, RM6 juta untuk modal kerja projek-projek pembinaan, RM7 juta untuk pembayaran balik pinjaman bank dan selebihnya RM3.20 juta sebagai perbelanjaan penyenaraian.

“Kami telah menerima maklum balas positif daripada para pelabur untuk bahagian penempatan persendirian IPO walaupun dengan cabaran pandemik COVID-19.

“Kami percaya dengan asas ekonomi Malaysia yang kuat, Bursa Malaysia mampu berhadapan cabaran dan bersedia untuk berkembang dalam jangka masa panjang. Ini amat baik dengan penyenaraian Haily Group di Pasaran ACE,” ujarnya.

Sementara itu, pengasas dan Pengarah Eksekutif See Tin Hai berkata, penyenaraian itu adalah langkah penting untuk meningkatkan kedudukan dan reputasi syarikat dalam pasaran perkhidmatan pembinaan selain daripada memperluas pangkalan pelanggan di Malaysia.

“Kami gembira dapat memberi peluang kepada pelabur dan institusi untuk turut serta dalam ekuiti dan pertumbuhan berterusan kami.

“Haily mempunyai 18 projek pembinaan bangunan yang sedang berjalan serta dua projek pembinaan berkaitan kejuruteraan awam. Jumlah nilai kontrak terjamin dan nilai kontrak belum dibil setakat 10 Jun 2021 masing-masing berjumlah RM460.04 juta dan RM249.58 juta.

“Projek yang sedang berlangsung dijangka dapat diselesaikan secara berperingkat antara 2021 dan 2023,” menurutnya.

Mengenai prospek jangka panjang industri pembinaan, Tin Hai berkata, ekonomi Malaysia dijangka meningkat secara beransur-ansur pada separuh kedua tahun 2021, disokong oleh pemacu pertumbuhan utama seperti peningkatan berterusan dalam pertumbuhan global, perdagangan dan kitaran teknologi, projek infrastruktur berskala besar yang akan datang serta langkah-langkah rangsangan ekonomi.

“Pertumbuhan sektor kediaman dan perindustrian di daerah lain di Johor akan memberikan peluang kepada kumpulan itu, dan kami telah memperoleh kontrak terjamin dan belum dibil dan ini dapat menampung kami sepanjang cabaran jangka pendek yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19.

“Dengan mengambi kira kedudukan tunai kami yang sihat, jangkaan keuntungan yang akan dijana daripada operasi, jumlah yang tersedia di bawah kemudahan perbankan kami dan hasil daripada IPO, kami mempunyai modal kerja yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pada masa ini,” jelasnya.

Beliau menambah pihaknya juga berhasrat mengagihkan dividen sekurang-kurangnya 30% daripada keuntungan tahunannya kepada pemegang saham selepas selesai penyenaraiannya.

ShareTweetSend

Related Posts

FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

by Team INTRADAY
28 October 2026
0

Awal pagi Khamis ini, jam 2.00 pagi, pengumuman FOMC bakal menjadi tumpuan pasaran. Apa yang sedang diperhatikan pasaran, dan bagaimana...

Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

by Team INTRADAY
12 October 2026
0

Pasaran global memasuki Isnin dengan risiko geopolitik kembali memuncak. Serangan Houthi terhadap Arab Saudi menghidupkan semula kebimbangan gangguan bekalan minyak,...

Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

by Team INTRADAY
2 October 2026
0

Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada tengah hari Jumaat, dengan indeks utama disokong oleh aktiviti belian ketika harga rendah dalam beberapa...

FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

by Team INTRADAY
1 October 2026
0

Bursa Malaysia meneruskan penurunan pada tengah hari Khamis apabila tekanan jualan kembali mendominasi pasaran, selari dengan prestasi bercampur pasaran global...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

29 October 2026
Harga Emas Terus Merosot, Jangkaan Kenaikan Fed Meningkat!

Harga Emas Terus Merosot, Jangkaan Kenaikan Fed Meningkat!

30 October 2026
FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

30 October 2026
Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

0
Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

0
FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

0
Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

30 October 2026
Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

Binance Diserang ‘Hacker’, $6.3 Bilion Dana Lesap!

30 October 2026
FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

FOMC Dah Keluar, Gold Nak Ke Mana?

30 October 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.