US dolar melonjak dari paras terendah enam minggu pada hari Selasa ketika tumpuan para pelabur beralih kepada persoalan bagaimana ketua Rizab Persekutuan A.S. Jerome Powell akan memberi tindak balas terhadap jangkaan inflasi. Disisi lain, mata wang yang berkaitan komoditi terus melonjak naik.
Kenaikan jangkaan inflasi pada baru – baru ini telah mendorong para pelabur berpendapat bahawa pemulihan ekonomi akan lebih pantas. Penganalisis menjangkakan Powell akan memberikan lebih banyak ruang untuk inflasi bertumbuh tanpa menaikkan kadar. Tindakan ini mampu merangsang pasaran bon dan pengurangan pegangan US dolar.
Tambah penganalisis UniCredit, Fed masih jauh dari mencapai tujuannya dan kemungkinan memerlukan kemajuan yang lebih memadai sebelum mengurangkan pembelian bon.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama naik 0.24% kepada paras tukaran 90.218 setakat jam 9.30 p.m.Walaupun begitu, para pelabur menjangkakan US dolar akan susut dalam jangka masa panjang kecuali hasil bon A.S melonjak naik.
Mata wang yang berkaitan dengan komoditi seperti Kanada, Australia dan New Zealand masing-masing catat prestasi terbaik tahun 2021 apabila melonjak ke paras tertinggi 3 tahun.
Sterling pula terus menunjukkan pengukuhan berikutan pelancaran vaksin Covid-19 yang dijangka dapat memulihkan ekonomi Britain. Matawang Euro masih mengukuh yang didorong oleh hasil bon kerajaan zon Euro.