Jualan runcit UK tanpa dijangka terus menunjukkan penurunan pada bulan September, sekali gus menambah tanda-tanda kelemahan dalam momentum pemulihan dari Covid-19 di negara itu.
Terbaru, Pejabat Statistik Negara (ONS) melaporkan penjualan runcit UK jatuh 0.2% pada bulan lalu, menyusuli penurunan 0.6% yang dicatatkan pada Ogos dan meleset daripada jangkaan untuk meningkat 0.5%.
Barang-barang rumah seperti perabot adalah pendorong utama kepada penurunan bulan ini, dengan kejatuhan hampir 10%, sementara penjualan makanan pula kembali meningkat setelah menyusut pada bulan lalu.
Sebaliknya, penjualan bahan bakar pula melonjak 2.9%, didorong oleh lonjakan permintaan dan kekangan bekalan.
Jualan runcit UK telah meningkat dengan kuat pada separuh pertama tahun ini ketika pelonggaran sekatan pertama dilaksankaan. Namun sejak lima bulan lalu, ia telah mula menunjukkan penurunan.
Ini secara tidak langsung menunjukkan, walaupun lebih banyak sekatan coronavirus telah dilonggarkan tetapi pengguna lebih memilih untuk mengurangkan perbelanjaan di tengah peningkatan harga yang lebih tinggi, kekurangan bekalan dan kenaikan cukai.
Matawang pound didagangkan menyusut susulan penerbitan data ini dengan diperdagangkan sekitar 1.3785 berbanding USD. Pelabur kini menantikan pengeluaran data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK pada jam 4.30 petang nanti.