Kebimbangan pelabur semakin mereda selepas pegawai tertinggi kesihatan Amerika Syarikat, Anthony Fauci mengatakan bahawa varian coronavirus Omicron adalah tidak seteruk Delta.
Hal ini sekali gus mengangkat semula keyakinan pasaran untuk pemulihan ekonomi global yang lebih kuat, membuatkan pelabur melepaskan pegangan terhadap matawang safe-haven.
Dolar Aussie dan Kanada antara matawang yang paling kuat, selain turut disokong oleh optimisme meyakinkan dari Bank Pusat Australia (RBA) yang melihat ekonomi negara itu akan kembali pulih pada tahun 2022.
Sementara loonie pula disokong oleh jangkaan pelabur bahawa Bank Pusat Kanada (BOC) akan terus menawarkan kenyataan hawkish pada mesyuarat polisinya malam ini, membawanya didagangkan jauh lebih tinggi berbanding greenback.
Dagangan dolar greenback pula didagangkan susut, tetapi kekal stabil di sekitar paras tertinggi satu tahun berbanding pesaing utama.
Data inflasi AS pada hari Jumaat akan menjadi tumpuan utama pasaran seterusnya, yang mana ia dijangka kembali susut pada November dari tahap tertinggi 30 tahun yang dicatatkan sebelumnya.
Euro kembali meningkat selepas menjunam rendah pada sesi New York, memperlihatkan matawang itu diniagakan sekitar harga 1.2800 berbanding US dolar.
Matawang pound pula terus berlegar di sekitar harga yang sama pada 1.3240 berbanding greenback di tengah ketiadaan pemangkin utama untuk merangsang pergerakan lebih agresif.