‘Semua lockdown balik susah jugak, harap Malaysia tak kena nasib sama lah.’
Keadaan terkini situasi Covid-19 di China dilihat semakin parah dengan terbaharu, Beijing dikenakan sekatan (lockdown) di seluruh bandar selepas Shanghai.
Ekoran daripada itu, saham-saham China yang tersenarai di Amerika Syarikat (AS) berada dalam penurunan, seterusnya menambah kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi negara itu.
Semasa sesi pra-dagangan, saham Alibaba Group Holding Ltd mendahului penurunan sebanyak 3.1%, diikuti Pinduoduo Inc jatuh 2.8% dan JD.com Inc hilang 1.4%.
Selain itu, pembuat kereta eletrik China, Nio Inc dan Li Auto Inc turut sama mengalami kejatuhan.
Ia secara tidak langsung menandakan Indeks CSI 300 China telah susut 4.9%, paras terendah sepanjang 2 tahun.
Menurut Pengarah Pelaburan Aberdeen Asset Management, Adam Montanaro, dengan kebanyakan bandar-bandar metropolitan lain yang sedang menuju ke arah yang sama telah memberi pandangan yang buruk kepada pertumbuhan ekonomi China.
Berdasarkan situasi semasa, saham-saham China yang tersenarai di AS sedang mengalami tekanan yang kuat dengan indeks Nasdaq Golden Dragon China jatuh 15% sejak Beijing berikar untuk menstabilkan pasaran pada 16 Mac lalu.
Sementara itu, saham Baidu Inc junam 3% manakala saham Zhihu Inc merudum 5.8% selepas kerajaan China mengarahkan platform-platform dalam talian (online) tersebut termasuk Weibo Corp menaik taraf sistem internet mereka.