Pada jam 9.06 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.66 mata pada 1,536.02 daripada penutupan Khamis pada 1,533.36.
Indeks dibuka 1.45 mata pada 1,534.81.
Ia dibuka tinggi ekoran aktiviti buruan terhadap saham wajaran tinggi.
Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 161 berbanding 141, manakala 222 kaunter pula tidak berubah, 1,749 tidak didagangkan dan 21 digantung.
Jumlah perolehan pada 162.51 juta unit bernilai RM71.65 juta.
Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan jangkaan bursa tempatan kekal tidak menentu dengan kecenderungan menurun bagi tempoh terdekat memandangkan Wall Street masih dalam fasa pullback.
Selain itu, firma tersebut menyatakan sektor perladangan mungkin menjadi perhatian menjelang musim pelaporan pendapatan.
Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd naik 2 sen pada RM8.32 dan RM5.45, Public Bank Bhd tambah 1 sen pada RM4.13, Petronas Chemicals Group Bhd (Petchem) macu 4 sen pada RM8.77 dan IHH Healthcare Bhd capai 0.5 sen pada 28.5 sen.
Saham aktif memperlihatkan BCM Alliance Bhd susut 0.5 sen pada 3 sen, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) dan Cuscapi Bhd kekal pada 84.5 sen dan 36.5 sen sementara SMTrack Bhd naik 0.5 sen pada 28.5 sen.
Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 17.22 mata pada 11,176.12, FBM Emas Shariah tambah 17.22 mata pada 12,013.12, FBM 70 macu 18.47 mata pada 14,321.16 dan indeks FBMT 100 canak 17.67 mata pada 10,864.1.
Sementara FBM ACE kuncup 8.95 mata pada 6,573.03.
Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menambah 0.45 mata pada 201.58, indeks Perkhidmatan Kewangan memacu 27.72 mata pada 15,648.93 dan indeks Perladangan memperoleh 5.22 mata pada 6,608.19.