Harga emas sedikit berubah pada Selasa selepas menyentuh paras terendah satu bulan pada sesi sebelumnya, didorong oleh dagangan US dolar yang lebih kukuh.
Kebimbangan terhadap kemelesetan dan jangkaan agresif terhadap Federal Reserve (Fed) yang hawkish terus menyokong US dolar untuk menguat ke paras tertinggi enam minggu berbanding pesaing utamanya.
Pengumuman terbaharu Rusia untuk menutup saluran paip Nord Stream 1 ke Eropah dalam penyelenggaraan tidak berjadual telah memberi tamparan buat benua itu yang sudah sedia bergelut di tengah-tengah krisis tenaga.
Dengan gangguan berterusan dalam bekalan gas, pelabur bimbang bahawa Eropah akan diheret ke dalam kemelesetan lebih cepat daripada dijangkakan.
Kebimbangan ini menyokong sepatutnya turut mendorong logam berharga emas yang juga dikenali sebagai safe-haven, namun dalam konteks ini pelabur lebih memilih US dolar sebagai perlindungan.
Ini disusuli dengan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah selanjutnya oleh bank pusat Amerika Syarikat, mendorong dolar greenback terus didagangkan lebih kuat dan membantutkan dagangan emas.
Pada sesi Asia, emas didagangkan berlegar pada $1,739 per auns, sedikit meningkat dari paras terendah $1,727 sejak pertengahan Julai yang disentuhnya pada sesi sebelum ini.