Penurunan harga emas berterusan selepas kebahagian pelabur direntap oleh jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) tidak lama lagi.
Pada sesi Asia, spot emas diniagakan berlegar di paras terendah enam minggu pada $1,787 per auns. Sementara niaga hadapan emas pula didagangkan sedikit meningkat pada $1,788 per auns.
Kenyataan hawksih Pengerusi Jerome Powell mengenai isyarat kenaikan kadar pada minggu lalu, telah mendorong US dolar dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun meningkat lebih tinggi.
Bank pusat AS merancang untuk menaikkan kadar pada bulan Mac dengan andaian bahawa impak varian Omicron ke atas ekonomi negara hanya sementara dan pemulihan akan berterusan dengan lebih kukuh.
Federal Reserve mungkin tidak keseorangan untuk menjalankan pengetatan, memandangkan pelabur turut meramalkan Bank Pusat England (BOE) akan meningkatkan kadar faedahnya sekali lagi pada pertemuan minggu ini dan Bank Pusat Australia (RBA) pula mungkin bakal mengurangkan atau menamatkan program pembelian bonnya.
Sementara Bank Pusat Eropah (ECB) pula dijangka terus mengekalkan dasar monetari semasanya.
Jangkaan pengetatan ini dibuat susulan lonjakan inflasi global yang terus meningkat lebih tinggi, menyebabkan para penggubal dasar mulai bimbang bahawa ia akan menjejaskan pemulihan ekonomi dari wabak Covid-19.
Selain itu, pelabur turut menantikan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat ini meskipun