‘Tembok Besar’ Evergrande dalam proses rundingan dengan kontraktor.
Evergande China akan mengadakan rundingan bersama pemegang bon China pada 7 sehingga 10 Januari bagi menangguhkan tarikh penebusan beberapa bon bertarik 8 Januari.
Evergrande akan mengadakan rundingan bersama Hengda Real Estate secara atas talian berkenaan bon 6.98% Januari 2023 yang bernilai 4.5 bilion yuan atau US$156.92 juta yang memberikan pemegang bon pilihan untuk menjual balik bon kepada penerbit.
Menurut sumber, Evergrande meminta tarikh penangguhan bon tersebut dianjak ke tarikh 8 Julai sementara sesi dagangan bon akan diberhentikan dari 6 Januari bagi memberi laluan kepada mesyuarat bersama Hengda.
Tambah sumber itu lagi, cadangan perubahan tarikh penebusan adalah disebabkan oleh ‘status operasi semasa’ .
Setakat ini umum mengetahui Evergrande sedang bergelut dengan liabiliti sebanyak US$300 bilion dan termasuk bon offshore bernilai US$20 bilion yang boleh mencetus default andai terlepas tarikh pembayaran balik.
Saham Evergrande susut 1% pada pagi Rabu berbanding kejatuhan 0.5% dalam pasaran meluas.













 
			





![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-360x180.png)


























 
					





