Syarikat pemberi pinjaman kripto Nexo berpangkalan di London telah disaman oleh sekumpulan pelabur di Mahkamah Tinggi London atas dakwaan menghalang mereka melakukan aktiviti pengeluaran mata wang kripto bernilai $126 juta.
Mengupas lebih lanjut, Nexo dituduh membekukan akaun sepupu Shane Morton, saudara Jason dan Owen Morton semasa mereka berhasrat memindahkan aset digital masing-masing dari platform tersebut.
Mengecap daripada Morton, mangsa bukan sahaja disekat mengeluarkan kripto malah dipaksa memulangkan jutaan dolar dalam token Nexo kepada syarikat dengan harga yang lebih rendah.
Tambahnya lagi, kesemua mangsa tersebut memiliki Bitcoin (BTC), Pax, Gold, Stellar dan Token Nexo bernilai puluhan juta dolar yang telah disimpan di exchanger tersebut.
Namun, Nexo menegaskan bahawa urus niaganya dijalankan secara jujur bilamana tuntutan mahkamah tersebut pula adalah ‘oportunistik’ susulan insiden berikut terjadi antara Mac 2020 dan Oktober 2020 tetapi didakwa pada Oktober tahun ini.
Malah, Nexo turut menyebut platformnya adalah selamat ekoran ia mempunyai lima juta pengguna yang telah memproses lebih $130 bilion nilai transaksi dalam tempoh lima tahun lalu.
Meskipun begitu, Mahkamah Tinggi sekali lagi menjelaskan bahawa Nexo telah melanggar syarat kontraknya kerana mereka tidak sepatutnya meletakkan had pengeluaran pada akaun para pelabur kripto.
Dalam pada itu, tuntutan mahkamah juga mengeluarkan kata-kata terakhirnya dengan mengungkapkan sesungguhnya para pelabur telah dipaksa menjual Token Nexo masing-masing di bawah nilai pasaran.