Logam kuning emas terus melonjak selepas mendapat sokongan daripada data inflasi Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan ke tahap tertinggi sejak tahun 1982.
Indeks harga pengguna (CPI) meningkat lebih tinggi, dengan catatan kenaikan sehingga 0.5% pada bulan Disember. Sementara inflasi tahunan pula menepati ramalan dengan meningkat 7%, tertinggi 40 tahun.
Walaupun begitu, dolar greenback jatuh lebih rendah susulan data tersebut yang memberi peluang kepada dagangan emas untuk mencatat keuntungan.
Hasil bon AS 10 tahun juga tergelincir, dengan menjauh paras tertinggi dua tahun yang dicapainya pada awal minggu ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-forex-emas-naik-lagi-11am?utm_source=clipboard&utm_campaign=wtshare&utm_medium=widget&utm_content=https%253A%252F%252Fsoundcloud.com%252Fintradaydotmy%252Fsis-forex-emas-naik-lagi-11am
Tekanan kenaikan harga pengguna yang lebih tinggi, menjadikan logam berharga emas sebagai aset tepat untuk dijadikan sebagai lindung nilai inflasi.
Pelabur kini menantikan penerbitan data indeks harga pengeluar (PPI) pada sesi New York yang akan menjadi petunjuk untuk tahap inflasi AS seterusnya.
Pada sesi Asia, logam berharga itu didagangkan pada sekitar harga $1,825 per auns, tidak jauh dari paras harga $1,830 yang diuji pada minggu lalu.
Sekiranya PPI menunjukkan peningkatan harga lebih tinggi, emas berpotensi untuk menembusinya.