MAS lantik Goldair sebagai ‘Hercules’ nya di langit ‘Olimpus’.
Malaysia Airlines Bhd (MAS) melantik Goldair yang berpengkalan di Greece sebagai ejen jualan amnya (GSA) bagi mengembangkan rangkaian penerbangan global syarikat penerbangan tersebut.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah wilayah MAS United Kingdom (UK) dan Eropah, Daniel Bainbridge, pasaran Greece telah menjadi penyumbang penting dalam rangkaian global hospitaliti Malaysia dan MAS yakin kepakaran serantau Goldair akan membantu pertumbuhan pasaran tersebut di negara itu.
Tambahnya lagi, stategi pemasaran tersebut diharapkan akan meningkatkan nama MAS di Greece dan memacu pertumbuhan perjualan pada pasaran Greece yang banyak tertumpu pada sektor perjalanan marin sebelum ini.
Hujar Nikos Sofiadis, timbalan pengarah urusan Goldair, perkongsian diantara MAS dan Goldiar tersebut merupakan satu peristiwa yang penting buat kedua-dua syarikat.
Sementara itu, Goldair merupakan salah satu organisasi terbesar dan paling dihormati dalam bidang pengangkutan dan pelancongan di pasaran Greece.