Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.67 mata pada 1,601.65 daripada penutupan hari Isnin pada 1,589.98.
Indeks dibuka lemah 9.74 mata pada 1,599.72.
Ia dibuka tinggi ekoran minat pembelian baharu selepas mengalami sesi penjualan pada minggu lepas, selain pelabur turut mengambil isyarat semalaman Wall Street.
Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 254 mengatasi rugi pada 80, manakala 188 kaunter pula tidak berubah, 1,768 tidak didagangkan dan 27 digantung.
Jumlah perolehan pada 136.07 juta unit bernilai RM50.83 juta.
Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan musim pendapatan korporat terutamanya bagi syarikat-syarikat teknologi masih berlangsung, dan lantunan di Wall Street berlaku ekoran pemulihan pada indeks Dow Jones disebabkan bargain hunting.
Tambahnya, bursa tempatan menjangkakan sentimen pelabur kekal dalam kebimbangan dengan KLCI dijangka berada di paras 1,600, dan sektor bertemakan pemulihan kekal menjadi perhatian kerana pengurangan kes Covid-19.
Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) tambah 3 sen pada RM8.92, Public Bank Bhd capai 1 sen pada RM4.72, Petronas Chemicals Group Bhd dan IHH Healthcare Bhd naik 14 sen pada RM10.26 dan RM6.70 manakala CIMB Group Holdings Bhd lonjak 4 sen pada RM5.20.
Saham aktif memperlihatkan Yong Tai Bhd dan South Malaysia Industries Bhd kekal pada 10.5 sen dan 34.5 sen, Techna-X Bhd hilang 0.5 sen pada 10.5 sen sementara Siab Holdings Bhd naik 0.5 sen pada 22 sen dan KPower Bhd tambah 2 sen pada 56.5 sen.
Di papan indeks, indeks FBMT 100 mencapai 80.04 mata pada 11,101.69, indeks FBM Emas menaik 81.33 mata pada 11,446.93, indeks FBM Emas Shariah mengumpul 103.76 mata pada 12,045.83, FBM 70 menambah 94.63 mata pada 13,637.69 dan FBM ACE melonjak 43.76 mata pada 5,626.67.
Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan meningkat 1.17 mata pada 211.29, indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 82.68 mata pada 16,825.23 dan indeks Perladangan menambah 26.66 mata pada 8,874.25.