Pasaran mata wang kripto kini harus bergantung melalui keadaan makroekonomi susulan keadaan aset digital tersebut menunjukkan sentimen negatif.
Buktinya, mata wang kripto terbesar Bitcoin (BTC) masih berlegar-legar pada paras harga $19,000 – $20,000 manakala Ethereum (ETH) tetap tidak dapat membuat lonjakan harganya.
Ekoran itu, beberapa acara peristiwa pada minggu ini dilihat berpotensi untuk mencetuskan pemulihan mata wang kripto.
- Pendirian ‘Hawkish’ Federal Reserve (Fed)
- Pendirian hawkish Fed menyebabkan pasaran kripto menyusut namun aset digital tersebut dapat dipulihkan sekiranya bank pusat membuat pelonggaran kuantitatif. Walaupun begitu, dasar pengetatan yang terus dikekalkan boleh menyebabkan harga kripto jatuh mendadak.
- Laporan Pendapatan Korporat
-
Syarikat gergasi seperti JP Morgan Chase, Citigroup, Morgan Stanley dan BlackRock bakal mendedahkan laporan pendapatannya. Oleh demikian, pasaran kripto dapat melakukan pemulihan jika syarikat tersebut memenuhi jangkaannya dan sebaliknya berlaku jika mereka gagal.
-
- International Monetary Fund (IMF)
-
Bank dunia memberi amaran bahawa negara akan mengalami kemelesetan selepas IMF mengeluarkan laporannya. Namun pasaran kripto dapat mendaki semula sekiranya Fed bertindak untuk menangani kemelesetan itu.
-
- Federal Open Market Committee (FOMC)
- Minit mesyuarat oleh FOMC untuk bulan september boleh membuatkan pasaran kripto melonjak semula jika Fed menukar balik pendiriannya yang hawkish berdasarkan data-data ekonomi semasa yang menjadi penilaian.
- Indeks Harga Pengguna (CPI)
-
Pergerakan harga kripto dapat menunjukkan keadaan positif selepas penerbitan data indeks harga pengguna (CPI) dan indeks harga pengeluar (PPI).
Sementara itu, data pengangguran turut menjadi petunjuk jelas bagi mata wang kripto termasuk tumpuan terhadap tindakan Bank of England (BOE) akan membuat keputusan sama ada meneruskan pendirian hawkish ataupun tidak selain melaksanakan pelonggaran kuantitatif dalam waktu yang sama.
-