‘Tembok besar’ Evergrande dalam landasan terbaik untuk berdiri teguh semula.
Evergrande China sudah memulakan perbincangannya dengan para pemiutang pada Rabu berkenaan hutang berjumlah US$300 bilion.
Menurut laporan, Evergrande merancang penstrukturannya dalam tempoh masa 6 bulan.
Umum mengetahui bahawa Evergrande sedang bergelut dengan pembayaran hutang pemiutang, pembekal dan pelaburnya dalam pengurusan kekayaan ekoran terlepas beberapa tarikh bayaran balik bon beberapa bulan lalu.
Bon antarabangsa Evergrande yang bernilai hampir US$20 bilion kini telah menyebabkan firma tersebut mendapat status default.
Ekoran daripada itu, Evergrande telah meminta lebih banyak masa daripada para pemegang bon off shorenya dalam usaha pelan penstrukturan semula hutang yang menyeluruh selepas sekumpulan pemiutang menyuarakan amaran bakal mengambil tindakan terhadap firma tersebut bagi mempertahankan had mereka.
Sementara itu, Evergrande telah meminta para pemegang bon untuk mendedahkan pegangan mereka pada pertengahan minggu ini bagi mengenal pasti pelabur untuk berkomunikasi dan mengupah lebih banyak penasihat kewangan dan undang-undang bagi membuat susulan terhadap permintaan pemiutang.
Agensi penarafan Moody melaporkan bahawa pakej perjanjian dalam terbitan off shore Evergrande sudah menjadi longgar, melonggar atau menghapus perlindugan utama dan meletakkan prospek pemulihan bagi pemiutang off shore dalam paras bahaya.
Tambah mereka lagi,perjanjian yang lemah dan peningkatan hutang membolehkan Evergrande meningkatkan leverage secara material.