Emas terus mempertahankan momentum pengukuhan dengan didagangkan lebih tinggi pada awal minggu, memanfaatkan kelemahan US dolar dan penutupan pasaran bon AS.
Pada sesi Asia, logam kuning itu diperdagangkan meningkat pada $1,858 per auns, manakala niaga hadapan emas pula berlegar sekitar harga $1,857 per auns.
Raja mata wang US dolar terus melanjutkan penurunan pada dagangan awal minggu susulan pelabur mengurangkan jangkaan bahawa kenaikan kadar faedah AS akan merangsang peningkatan greenback selanjutnya.
Walaupun begitu, ini bukan bermaksud pasaran emas tidak lagi menghiraukan prospek kenaikan kadar oleh Federal Reserve (Fed) kerana ia masih akan memberi impak buat logam berharga itu.
Sementara itu, penganalisis pasaran berpendapat bahawa sentimen risiko dalam pasaran yang meningkat akibat kebimbangan inflasi telah merosot.
Data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) pada akhir minggu lalu telah memberi sedikit kelegaan buat pasaran, di mana inflasi tahunan dilaporkan meningkat 4.9% pada bulan April daripada 5.2% pada Mac. Penurunan yang dicatatkan ini sejajar dengan jangkaan pasaran.
Bagaimanapun, terdapat juga penganalisis yang berpandangan bahawa tekanan inflasi masih jauh lagi untuk berakhir dan emas akan terus mendapat sokongan daripadanya.