Susah nak terbang tinggi macam ni.
Menurut CGS-CIMB Research, firma tersebut terpaksa mengekalkan ranting ‘pengurangan’ ke atas AirAsia Group Bhd (AAGB) pada 60.5 sen dengan sasaran lebih rendah 9 sen selepas menyemak pengiraan RNAV syarikat penerbangan tersebut.
Firma penyelidikan tersebut menyatakan dalam nota bertarikh 21 Januari bahawa mereka tidak pasti bagaimana AAGB akan keluar dari penarafan Practice Note 17 (PN17) tanpa peningkatan modal ekuiti yang ketara.
Tambah CGS-CIMB lagi, sejak juruaudit AAGB menyatakan ketidakpastian penting berkaitan dengan usaha berterusan dalam laporan auditnya bagi akaun FY20, AAGB perlu mempunyai ekuiti pemegang saham sekurang-kurangnya 50% daripada modal saham berbayarnya.
Hujarnya lagi, salah satu pilihan bagi AAGB bagi mengurangkan jurangnya adalah dengan AAGB mendapat kelulusan pemegang saham dan mahkamah untuk pengurangan modal yang bermakna RM5.8 bilion kerugian tertahan (sehingga 30 September 2021) boleh diimbangi dengan modal saham berbayar sebanyak RM8.5 bilion yang meninggalkan modal saham berbayar baki RM2.7 bilion.
Dalam pada itu, AAGB akan terus bergelut untuk keluar dari status PN 17 dengan jurang RM4.55 bilion yang besar dalam dana pemegang saham walaupun dengan potensi pengurangan modal selain waran RM650 juta dan RM778 juta dalam baki RCUIDS mungkin tidak akan ditukar kepada saham tidak lama lagi dengan saham di bawah harga penukaran.
Sementara itu, saham AAGB susut 1.65% atau 1 sen pada 59.5 sen dengan nilai saham sebanyak 4.27 juta.