2023 Tahun Solana? Sasaran Harga Untuk Tembusi $20 Minggu Ini!

121

“Tak senang tidur pelabur sebab bila-bila masa je SOL boleh naik lebih paras $20.”

Mata wang kripto Solana (SOL) tidak ketinggalan menerima tamparan hebat apabila mengalami sejumlah kerugian besar daripada krisis FTX yang telah menggegarkan seluruh pasaran kripto.

Meskipun begitu, baru-baru ini SOL berupaya pulih semula walaupun kebanyakan aset digital lain masih dikelilingi dengan sentimen negatif yang menjadi punca harganya menjunam.

Namun perlu diingatkan aset digital tersebut berkemungkinan membuat pergerakan mendatar jangka pendek dahulu sebelum meneruskan kenaikannya, sama juga seperti kripto lain di mana ia dijangka akan lonjak dalam tempoh terdekat ini.

Sementara SOL juga diramalkan bakal menembusi paras $18.10 setelah harganya berjaya melepasi paras $15, tetapi setakat ini aset digital itu hanya mencapai $17.

Setakat penulisan ini, harga SOL menyusut sedikit sebanyak 0.54% berlegar pada zon $16.03 dalam tempoh 24 jam terakhir manakala harga mingguannya pula raih sekitar 44%.

Sebagai rekod, SOL akhirnya mendapat kedudukan ke-11 dalam pasaran sementara keuntungan mingguannya maju sebanyak 60%, tetapi had pasaran pasaran aset digital itu masih rendah pada $6 bilion berbanding sebelum ini bernilai $13 bilion.

Keseluruhannya, harga SOL berpotensi melonjak hingga ke paras $20 dan kejayaannya nanti pasti akan meyakinkan semula para pelabur untuk membeli aset digital tanpa berasa bimbang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat