“Agaknya BTC boleh tembus $20,000 minggu ni tak?”
Setelah sekian lama berada dalam momentum pemulihan, para pelabur pasti teruja apabila ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) akhirnya berjaya menyaksikan lonjakan lebih 0.43% menembusi harga $18,000 pada pagi ini.
Pergerakan harga BTC mungkin bakal mendaki tinggi lagi jika bacaan Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) pada hari ini menunjukkan penurunan kadar inflasi, di mana Federal Reserve (Fed) pula akan membuat keputusan sama ada ingin menaikkan atau menurunkan kadar faedah.
Menurut pakar industri Jenny Harrington dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Asset Management, Gilman Hill, mereka berpendapat data CPI yang akan dilaporkan tidak lama lagi adalah sebanyak 6.6% berbanding bacaan CPI pada bulan November pada 7.1%.
Rentetan itu, pasaran kripto mahupun saham yang sebelum ini menghadapi “pendarahan” akan menggunung semula sekiranya laporan CPI adalah 6.6%, ulas Hill lebih lanjut.
Sebagai rekod, BTC sentiasa membuat pergerakan ketara semasa bacaan CPI, misalnya di sini aset digital itu gelincir lebih 10% selepas laporan CPI pada bulan September menunjukkan perubahan harga sebanyak 9.91%.
Suka dimaklumkan juga bahawa BTC dapat mengekalkan harganya sejak awal 2023 susulan Fed yang berhasrat menaikkan kadar faedah lebih kecil sebanyak 25 mata asas pada Februari akan datang.
Berbalik kepada penerangan, data CPI nanti akan menjadi punca sesuatu aset digital tersebut untuk lonjak ataupun junam, disebabkan itu para pelabur haruslah berhati-hati dalam pasaran kripto agar dapat mengurangkan risiko dagangan masing-masing.