Pasaran saham Jepun berada dalam keadaan yang tidak memberangsangkan selepas pengumuman Bank Of Japan (BoJ) yang menaikkan kadar faedah.
Indeks Nikkei 225 jatuh 2.5% kepada sekitar 38,100 manakala Indeks Topix susut 2.3% kepada 2,730 pada Khamis, membalikkan keuntungan daripada sesi sebelumnya apabila yen meningkat mendadak berikutan kenaikan kadar oleh bank pusat.
Yen yang kukuh menjejaskan prospek keuntungan bagi industri berat eksport Jepun.
Pada Rabu semalam, BOJ telah menaikkan kadar dasarnya “kepada sekitar 0.25%” dan menggariskan rancangannya untuk mengurangkan pembelian bon dalam matlamat untuk menormalkan tetapan dasar monetari.
Data pada Rabu juga menunjukkan bahawa pihak berkuasa Jepun membelanjakan 5.53 trilion yen untuk menyokong mata wang melalui campur tangan (intervention) pada bulan Julai.
Kerugian mendadak dilihat daripada saham wajaran tinggi indeks seperti Disco Corp (-3.6%), SoftBank Group (-5.3%), Toyota Motor (-4.6%), Mitsubishi Heavy Industries (-4.4%) dan Fast Retailing (-3.9%).
Sementara itu, Advantest meningkat 15.4% selepas meningkatkan prospek keuntungan setahun penuhnya atas permintaan penguji cip yang kukuh.