“Suka betul Robert Kiyosaki dengan BTC eh, keyakinannya tak pernah runtuh.”
Robert Kiyosaki, pengarang terkenal ‘Rich Dad Poor Dad’ yang memberi sokongan kuat terhadap mata wang kripto Bitcoin (BTC) telah mendapat perhatian setelah mendedahkan strategi pelaburannya dalam akaun media sosial X.
Beliau mengutamakan pelaburan BTC berbanding aset tradisional seperti saham, bon dan mata wang fiat susulan aset digital tersebut bukan sahaja bersifat decentralized malah penentangan terhadap inflasi termasuk peranannya yang lebih selamat.
Sejurus selepas menekankan strateginya, Kiyosaki mengkritik Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell disebabkan penglibatannya dalam mengurangkan kekayaan melalui amalan seperti inflasi, cukai dan manipulasi harga saham.
Susulan menganggap BTC setanding dengan emas dan perak serta merupakan alat kewangan yang sangat penting, Kiyosaki sungguh percaya pada potensi jangka panjang BTC bukan semata-mata sebagai aset spekulatif tetapi sebagai penyimpan nilai tulen.
Selain membuat spekulasi bahawa BTC boleh capai $1 juta dalam kemelesetan ekonomi global, beliau turut meramalkan harganya akan cecah $120,000 pada tahun ini kemudian setengah juta dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang 2025.
Pada November 2023 di tengah-tengah kenaikan harga logam berharga, Kiyosaki menasihatkan 2.4 juta pengikutnya di media sosial untuk beralih daripada mata wang fiat dilabelkannya sebagai sistem wang palsu pada kepada aset alternatif seperti emas, perak dan BTC.
Bukan itu sahaja, beliau turut menyatakan komitmen berterusannya untuk menukar aset fiat beliau pada BTC dan logam berharga dengan alasan bahawa tindakan kerajaan akhirnya akan membawa pada peperangan serta kemiskinan.