ATM Bitcoin ialah satu kehadiran teknologi yang berkembang pesat di Amerika Syarikat bagi mengurangkan ketirisan ancaman jenayah siber yang sedang berleluasa
Inisiatif yang berurusan dengan Bitcoin itu fungsinya hampir sama seperti mesin ATM biasa iaitu memerlukan PIN dan dikenakan cas pengeluaran.
Walau bagaimanapun, teknologi tersebut semestinya akan menarik modus operandi baharu penggodam demi meraih nilai mata wang kripto yang tinggi.
ATM tersebut membolehkan pengguna membeli dan menjual Bitcoin tanpa memerlukan spesifikasi identiti yang mendalam dan ini mampu membuka jalan buat jenayah baharu tercipta.
Profesor Klinikal Keselamatan Siber di Universiti Teknologi Michigan, Timothy Bates berkata bahawa ATM Bitcoin bakal menghadapi pelbagai aspek ancaman fizikal di mana penjenayah mungkin cuba mencuri perkakasan mesin dan ancaman siber di mana penggodam boleh mengeksploitasi kelemahan perisian.
Risiko-risiko ini menjadikan masalah yang perlu diselesaikan oleh ATM Bitcoin kerana ia lebih mencabar daripada ATM tunai biasa.
Langkah keselamatan fizikal dan protokol keselamatan siber lanjutan adalah penting untuk mengurangkan risiko ini.
Selain itu, pihak kerajaan kekal berusaha untuk mengekang masalah tersebut dan pihak Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan melaporkan minggu ini bahawa insiden penipuan telah meningkat sebanyak 1,000% sejak 2020.
Berkemungkinan juga, masalah kecurian dan penggodaman tradisional terhadap mesin ATM tunai boleh berlaku ke atas teknologi baharu Bitcoin tersebut.
Bagi mengelak penipuan, para pengguna harus berhati-hati terhadap sebarang permintaan untuk membayar melalui ATM Bitcoin.