Pasaran saham menunjukkan kenaikan semula pada penutup dagangan minggu lalu yang memulih selepas kejatuhan yang didorong oleh penjualan besar-besaran saham teknologi selepas laporan pendapatan dilaporkan.
Minggu lepas, indeks S&P 500 dan NASDAQ masing-masing jatuh sebanyak 0.83% dan 2.08% manakala DOW JONES pula meningkat sebanyak 0.75%.
Pada minggu ini, beberapa lagi laporan pendapatan oleh syarikat gergasi seperti Apple, Amazon, Microsoft dan Meta akan menjadi tumpuan yang turut dijangka akan mempengaruhi sentimen semasa pasaran global.
Selain itu, pelabur juga menantikan keputusan mesyuarat FOMC mengenai kadar faedah dan petunjuk bagi pelaksanaan langkah pemotongan kadar faedah pada September nanti.
Untuk mesyuarat kali ini, Fed dijangka akan masih mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.50%.
Pasaran juga akan meneliti laporan pekerjaan NFP yang akan dikeluarkan pada Jumaat nanti yang merupakan salah satu data tumpuan para traders.
Laporan tersebut juga akan memberi gambaran kepada Fed berkenaan situasi semasa sektor buruh di Amerika yang perlu disesuaikan dengan dasar monetari mereka.