Pergerakan pasaran perlahan pada penutup minggu lepas seperti yang telah dijangkakan berikutan cuti di Amerika pada Jumaat sempena Independence Day.
US dolar kekal berlegar di paras terendah sejak 2021 berbanding Euro dengan jangkaan lebih berisiko susut pada dagangan minggu ini.
Ini berikutan tumpuan pasaran kini sedang beralih semula terhadap isu tarif global susulan tarikh akhir penangguhan 90 hari tarif Donald Trump bakal berakhir pada 9 Julai.
Setakat ini, dilaporkan hanya Britain, China dan Vietnam sahaja yang mencapai persetujuan rundingan dagangan bersama Amerika Syarikat (AS).
Eksport Vietnam berdepan tarif 20%, menurun daripada kadar asal yang ditetapkan pada 46% sebelum ini sementara eksport Amerika pula tidak dikenakan tarif.
Pada Jumaat lepas, Presiden Trump telah menghantar surat rasmi kepada semua negara untuk memaklumkan kadar tarif baharu yang dikenakan terhadap barangan import mereka.
Trump pada hujung minggu memberitahu telah menandatangani surat untuk tarif baharu kepada 12 negara rakan dagang dan akan dihantar pada Isnin.
Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent memaklumkan bahawa negara-negara yang gagal mencapai persetujuan rundingan bersama pentadbiran Trump, bakal berdepan tarif yang telah diumumkan pada 2 April lalu.
Selain mengumumkan tarikh 1 Ogos ditetapkan untuk tarif baharu bermula, Trump memberi amaran sesetengah tarif boleh mencapai setinggi 70%.
Ramai yang ikut perkembangan isu tarif, tapi abaikan peluang untuk buat duit. Betul, ada orang di luar sana yang manfaatkan isu ini untuk jana untung. Seperti ahli dalam komuniti HUSTLE24HOUR, isu-isu terbaru dalam pasaran dilihat sebagai satu peluang. Jika anda nak dibimbing untuk kenal pasti peluang dalam pasaran, sertai HUSTLE24HOUR sekarang! KLIK LINK UNTUK SERTAI H24H!