Perkongsian sekeping gambar oleh Central Intelligence Agency (CIA) yang memaparkan tiga keping syiling Malaysia di akaun X agensi tersebut telah mencetuskan pelbagai persoalan.
Hantaran tersebut menimbulkan tanda tanya apabila syiling 20 sen dengan lakaran orang lidi dan tanda S di kepala, syiling 10 sen ada tulisan asing dan syiling 5 sen pula bercorak tapak kaki haiwan.
Seorang pengguna X, @Ispitzionist turut mempertikaikan hantaran itu dan menggesa pemantauan daripada Jabatan Perdana Menteri, sambil bertanya sekiranya ia satu bentuk amaran kepada Malaysia.
Melalui pautan itu, CIA berkongsi artikel bertajuk syiling yang ditinggalkan di patung Nathan Hale, yang terletak di pintu masuk ibu pejabat lama CIA dan digelar “pegawai risikan pertama negara.”
Patung itu juga menggambarkan detik sebelum Hale dihukum mati – seorang pemuda berusia 21 tahun yang rela berkorban demi negara, dengan tangan dan kaki terikat, wajah tegas dan mata memandang ke ufuk.
Menurut CIA, amalan itu telah berkembang menjadi satu tradisi, di mana anggota akan meninggalkan syiling di kaki patung Hale sebelum ke luar negara sebagai simbol tuah dan perlindungan dalam misi.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!