Syarikat Airbus bakal memeterai perjanjian baharu dengan Malaysia Aviation Group (MAG) untuk penambahan pesawat jarak jauh A330neo.
Pengumuman perjanjian tersebut dijangka diumumkan semasa lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Paris pada hujung minggu ini.
Pengarah Urusan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail menyatakan kumpulan itu kini mempertimbangkan kemungkinan untuk mengaktifkan alternatif bagi pembelian tambahan 20 pesawat A330neo.
Izham turut memaklumkan bahawa usaha itu akan disusuli dengan proses pemilihan di antara pengeluar pesawat bagi model bersaiz lebih besar seperti Boeing 787, Boeing 777X dan Airbus A350.
Beliau berkata demikian semasa temu bual bersama New Straits Times pada bulan lalu.
Sebelum ini, MAG telah menempah 20 pesawat A33neo dan menyediakan alternatif untuk tambahan bagi 20 unit pada tahun 2022.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!