Syarikat gergasi Amazon menjangkakan perisian kecerdasan buatan (AI) akan mengurangkan jumlah pekerja di syarikat e-dagang itu.
Ketua Eksekutif Amazon, Andy Jassy memberitahu syarikat memerlukan kurang tenaga kerja untuk beberapa tugas sedia ada, dan lebih ramai bagi melaksanakan tugas baharu.
Andy turut menyatakan sukar meramalkan perkembangan tenaga kerja, namun kecekapan AI dijangka mengurangkan pekerja pejabat dalam beberapa tahun akan datang.
The Wall Street Journal melaporkan syarikat itu tidak menjangkakan berlaku pemberhentian kerja besar-besaran seperti pada tahun 2022 dan 2023 dalam masa terdekat. Sebaliknya, jawatan kosong tidak akan diisi semula.
Amazon kini fokus membangunkan “ejen AI” yang mampu melaksanakan tugasan sendiri seperti menulis perisian, menterjemah bahasa, meringkaskan maklumat dan mengautomasikan pelbagai kerja.
Amazon telah mengupah lebih kurang 1.5 juta kakitangan di seluruh dunia, dengan sekitar 350,000 daripada mereka bekerja dalam pelbagai peranan.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!