CEO Apple, Tim Cook bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di White House mengumumkan pelaburan tambahan $100 bilion dalam sektor pembuatan bagi tempoh empat tahun.
Dalam sidang media tersebut, Trump menyifatkan pelaburan ini sebagai langkah besar untuk memastikan iPhone dijual dan dibuat di AS serta antara komitmen terbesar dalam sejarah pelaburan negara.
Cook turut berkata pelaburan itu melibatkan kerjasama dengan 10 syarikat AS yang menghasilkan komponen seperti cip semikonduktor untuk produk Apple, sekaligus menghargai sokongan Trump.
Pelaburan ini adalah sebahagian daripada Program Pembuatan Amerika (American Manufacturing Program) untuk mengukuhkan rantaian bekalan dan pengeluaran teknologi tinggi dalam negara.
Sebelum ini, Apple merancang untuk melabur sebanyak $500 bilion di AS, namun jumlah itu kini meningkat kepada $600 bilion.
Beberapa bulan lalu, Trump mengkritik Apple dan Cook kerana memindahkan pengeluaran iPhone ke India bagi mengelak tarif yang dikenakan terhadap China oleh pentadbiran Republikan.
Namun, Apple masih belum memberikan sebarang komitmen sepenuhnya untuk membina iPhone di AS.
Pelaburan itu kini melonjakkan saham Apple sebanyak 5% pada Rabu, mencerminkan keyakinan pasaran bahawa Cook sedang berusaha menjalin hubungan baik dengan pentadbiran Trump.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.