Pihak berkuasa Arab Saudi mengesahkan tiada pencemaran radiasi dikesan di negara itu selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara ke atas tiga pusat nuklear Iran.
Dalam kenyataan rasmi oleh Pihak Berkuasa Kawal Selia Nuklear dan Radiologi Arab Saudi memaklumkan bahawa pemantauan intensif telah dijalankan di seluruh negara, dan hasilnya menunjukkan paras radiasi kekal normal.
Selanjutnya, agensi tersebut turut menyatakan tiada sebarang kebocoran radiasi dikesan di mana-mana lokasi dalam sempadan Arab Saudi.
Menurut Pakar keselamatan nuklear antarabangsa, risiko pencemaran meluas adalah rendah kerana kebanyakan fasiliti Iran terletak di bawah tanah dan tidak melibatkan reaktor tenaga aktif.
Langkah itu dibuat susulan serangan AS terhadap tiga tapak nuklear utama Iran iaitu Natanz, Isfahan dan Fordow yang menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan pencemaran silang ke negara-negara jiran di Teluk.
Negara-negara Teluk lain seperti Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga mempertingkatkan tindakan pemantauan sebagai langkah berwaspada, meskipun risiko pencemaran dinilai rendah.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!