Pengerusi Lembaga Pengarah ACWA Power, Mohammad Abunayyan memaklumkan bahawa Arab Saudi merancang untuk menamatkan operasi loji janakuasa berasaskan minyak yang berkapasiti 30 gigawatt.
Abunayyan menyatakan penamatan loji tersebut akan memberi manfaat kepada alam sekitar serta menyokong pertumbuhan ekonomi.
Beliau turut memberitahu Arab Saudi memiliki rancangan jelas untuk memastikan 50% sumber tenaganya daripada tenaga boleh diperbaharui dan baki 50% daripada gas menjelang tahun 2030.
Kenyataan tersebut dirakamkan semasa Seminar Antarabangsa Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) ke-9.
ACWA Power merupakan syarikat antarabangsa yang memiliki kepakaran dalam penjanaan elektrik dan penyahgaraman air serta terkenal dengan projek tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga suria, angin dan hidrogen hijau.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.