Menteri Pertahanan Richard Marles menyatakan Australia akan memperkukuh kekuatan tentera dengan memperoleh 11 kapal frigat kelas Mogami yang dibina oleh Mitsubishi Heavy Industries dari Jepun.
Marles memberitahu perjanjian bernilai $6 bilion (RM25.3 bilion) itu merupakan kerjasama industri pertahanan terbesar yang pernah dimeterai antara Jepun dan Australia.
Beliau turut berkata kapal-kapal itu akan menggantikan armada kapal kelas Anzac Australia yang semakin usang dengan kapal kelas Mogami pertama dijangka mula beroperasi menjelang 2030.
Kapal perang kelas Mogami adalah frigat ‘halimunan’ berteknologi tinggi yang dilengkapi pelbagai sistem senjata canggih dan 32 sel pelancaran menegak untuk peluru berpandu jarak jauh.
Mitsubishi Heavy Industries berjaya memperoleh kontrak tersebut selepas mengatasi saingan sengit daripada syarikat Jerman, ThyssenKrupp Marine Systems.
Pada 2023, Australia mengumumkan penstrukturan semula tenteranya dengan memberi tumpuan kepada keupayaan serangan jarak jauh bagi menghadapi pengaruh ketenteraan maritim China.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!