Datuk Azizulhasni Awang telah dilantik sebagai duta jenama pertama Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), menandakan satu penghormatan besar buat jaguh berbasikal trek negara itu.
Pengarah Urusan VPCM, Renate Noessler berkata pencapaian cemerlang Azizulhasni dalam arena sukan serta nilai peribadinya adalah sejajar dengan penekanan syarikat terhadap prestasi dan konsistensi.
Noessler memberitahu kerjasama ini bukan sekadar penajaan, tetapi langkah untuk membina hubungan erat dengan rakyat Malaysia berasaskan nilai integriti, keyakinan, disiplin dan etika kerja yang tinggi.
Azizulhasni, yang terkenal dengan gelaran ‘Pocket Rocketman’ menyifatkan pelantikan itu sebagai suatu pengiktirafan istimewa serta lambang nilai bersama iaitu prestasi, ketepatan dan potensi diri yang sebenar.
Beliau juga berharap kerjasama ini akan menginspirasikan rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda untuk berani dan yakin mengejar impian dan menghargai perjalanan hidup sebagai pengalaman bermakna.
Dalam kenyataan lain, Volkswagen turut memaklumkan bahawa Azizulhasni akan menyertai pelbagai kempen dan inisiatif bagi mengukuhkan jenama itu di Malaysia.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!