Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan ibadah haji akan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM10,000.
Langkah ini diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat sebagai usaha membantu umat Islam menunaikan rukun Islam kelima dengan lebih mudah. Peningkatan ini dijangka memberi kelegaan kepada bakal jemaah yang berdepan dengan kenaikan kos menunaikan haji setiap tahun.
Menurut PMX, inisiatif ini selaras dengan pendekatan Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat serta sokongan terhadap keperluan spiritual umat Islam di negara ini.