Pengasas Amazon, Jeff Bezos telah menjual saham syarikat tersebut sebanyak $5.4 bilion sebagai usaha berterusan untuk mempelbagaikan aset dan kekayaannya.
Penjualan saham itu berlaku pada hari Jumaat lepas – hari sama Jeff Bezos mengahwini tunangnya, Lauren Sanchez dalam majlis serba mewah yang dianggarkan menelan kos sekitar $50 juta.
Perkembangan ini disokong oleh kenaikan saham Amazon melebihi paras $223 sesaham minggu ini, menghampiri paras tertinggi sepanjang masa selepas pulih daripada kemelesetan pasaran pada awal tahun.
Bezos juga menjual saham Amazon bernilai $13 bilion pada tahun 2024 bagi membiayai pelbagai inisiatif termasuk projek angkasa lepas melalui syarikatnya, Blue Origin.
Beliau turut melancarkan Dana Day One berjumlah $2 bilion pada 2018 untuk menyokong keluarga gelandangan dan pendidikan prasekolah serta mencipta Dana Bezos Earth pada 2020.
Beliau kekal pemegang saham terbesar Amazon dengan memegang 9.6% daripada jumlah keseluruhan saham selepas meletak jawatan sebagai CEO pada 2021 dan berkhidmat sebagai pengerusi eksekutif.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.