Sebuah meteorit gergasi dari planet Marikh mencatat sejarah apabila dilelong pada harga $4.3 juta (RM18.2 juta), menjadikannya batu Marikh terbesar dan paling berharga pernah ditemui di bumi.
Meteorit bernama NWA 16788 itu seberat 54 paun (24.5 kg) dan sepanjang hampir 15 inci, 70% lebih besar daripada serpihan Marikh lain yang pernah ditemukan.
Analisis makmal mengesahkan ia adalah olivine-gabbroic shergottite, sejenis meteorit baharu dari Marikh yang terbentuk daripada penyejukan perlahan magma di Marikh.
Menurut Sotheby’s, batu berwarna coklat kemerahan itu mewakili 6.5% daripada semua bahan Marikh di bumi, menjadikannya penemuan yang ‘amat jarang berlaku.’
Indentiti pembeli masih dirahsiakan dan belum diketahui sama ada batu meteorit itu akan disimpan secara peribadi atau dipamerkan kepada umum.
Lelongan tersebut sebahagian daripada acara Greek Week anjuran Sotheby’s yang turut menampilkan rangka dinosaur Ceratosaurus bernilai $26 juta dan tengkorak Pachycephalosaurus berharga $1.4 juta.

























































