Bloomberg News melaporkan pada semalam bahawa syarikat penerbangan gergasi Amerika Syarikat (AS) sedang berunding untuk menjual sebanyak 500 pesawat kepada syarikat penerbangan di China.
Perjanjian ini dijangka menjadi kemenangan besar bagi pengeluar AS itu yang kini sedang bergelut.
Saham Boeing pada mulanya meningkat 3.7% dalam dagangan pra-pasaran, namun menyusut kepada 0.2% pada jam 11.20 pagi.
Menurut sumber Bloomberg, perjanjian tersebut bergantung pada persetujuan jangka panjang antara Washington dan Beijing, di tengah-tengah perang perdagangan yang masih berlarutan.
Rundingan ini dianggap penting dalam hubungan perdagangan AS-China dengan pihak berkuasa China kini meninjau syarikat penerbangan domestik bagi menentukan keperluan sebenar pesawat baharu.
Pembelian pesawat Boeing sering menjadi sebahagian daripada perjanjian Presiden Donald Trump dalam usahanya mengurangkan ketidakseimbangan perdagangan.
Perjanjian terakhir antara Boeing dan China berlaku pada November 2017 semasa lawatan negara oleh Trump apabila Beijing bersetuju membeli 300 pesawat dengan nilai lebih $37 bilion.