Syarikat tenaga BP akan mengurangkan 1,500 pekerja tetap dan 1,200 kontraktor di seluruh dunia menjelang akhir tahun ini, sambil memberi isyarat potensi pengurangan lanjut selaras dengan usaha penjimatan kos yang dipertingkatkan.
Syarikat minyak gergasi itu kini menjangka pengurangan 6,200 jawatan atau 15% daripada tenaga kerja pejabat melebihi 4,700 yang diumumkan pada awal tahun ini.
Fima tersebut berkemungkinan akan mengurangkan pekerja lagi susulan tekanan pemegang saham dengan pelancaran rancangan penjimatan baharu dan semakan menyeluruh portfolio.
BP turut mengesahkan semakan terhadap 100,000 tenaga kerja global akan diteruskan sebagai sebahagian daripada inisiatif baharu itu.
Ketua Pegawai Eksekutif BP, Murray Auchincloss juga menyatakan syarikat itu akan meningkatkan pulangan kepada pelabur dan mengakui masih banyak perlu dilakukan dalam pelan tiga tahun semasa.
BP kini berdepan tekanan daripada pemegang saham untuk meningkatkan keuntungan dan mengurangkan kos, terutama selepas Elliott Investment Management memperoleh 5% pegangan dalam syarikat itu.
Keuntungan separuh tahun BP merosot hampir satu pertiga akibat kejatuhan harga minyak meskipun prestasi suku kedua mengatasi jangkaan penganalisis.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!