Pasaran kripto menyaksikan volatiliti tinggi dalam tempoh 24 jam lalu selepas Rizab Persekutuan AS mengumumkan pengurangan kadar faedah terbaharu. Bitcoin gagal mengekalkan momentum kenaikan dan kembali merosot ke paras sekitar $90,000.
Bitcoin melonjak melepasi $94,000 sejurus selepas pengumuman Fed, namun tekanan jualan muncul dengan pantas dan menolak harga ke bawah paras $90,000 sebelum sedikit pemulihan. Pergerakan ini mencerminkan corak turun naik yang pernah berlaku selepas mesyuarat FOMC sebelum ini.
Walaupun pengurangan kadar lazimnya dianggap positif untuk aset berisiko termasuk kripto, namun begtu kesan jangka panjang terhadap Bitcoin masih belum dapat dipastikan. Pasaran kini kelihatan berhati-hati menilai hala tuju seterusnya.
Permodalan pasaran Bitcoin susut kepada sekitar $1.8 trilion, namun dominasi BTC meningkat, menunjukkan pelabur lebih cenderung kepada aset utama berbanding altcoin.
Altcoin utama mencatat prestasi lebih lemah, dengan sebahagiannya mengalami kejatuhan lebih besar daripada Bitcoin, menandakan peningkatan sentimen berhati-hati dalam pasaran kripto secara keseluruhan.


















































