Jurulatih kebangsaan Brazil, Carlo Ancelotti dikenakan hukuman penjara setahun dan denda sebanyak €386,000 oleh mahkamah Sepanyol atas kesalahan penipuan cukai semasa membimbing Real Madrid pada 2014.
Mahkamah melaporkan bahawa Ancelotti didapati gagal membayar cukai ke atas pendapatan yang diperoleh daripada hak imej, dengan jumlah yang tidak diisytiharkan melebihi €1 juta.
Pendakwa raya turut mendakwa beliau menubuhkan syarikat palsu yang beroperasi di Kepulauan Virgin bagi menyembunyikan pendapatan sebenar.
Meskipun dijatuhi hukuman penjara, beliau tidak akan menjalani hukuman itu kerana undang-undang Sepanyol membenarkan penangguhan bagi pesalah kali pertama yang melakukan kesalahan bukan ganas di bawah dua tahun.
Kes tersebut meletakkan Ancelotti antara tokoh bola sepak dunia yang disiasat oleh pihak berkuasa cukai Sepanyol termasuk Jose Mourinho, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!