Berita mengejutkan yang berlegar semalam mencetuskan persoalan firma X (Twitter) milik Elon Musk sedang berada dalam kegoyahan.
Linda Yaccarino meletakkan jawatan sebagai CEO X akibat tekanan undang-undang terhadap pengiklan, konflik Elon Musk-Presiden Donald Trump dan kebimbangan terhadap keselamatan jenama.
Yaccarino merupakan CEO pertama yang dilantik oleh Musk selepas pengambilalihan platform yang dahulunya dikenali sebagai Twitter pada tahun 2022.
Beliau juga berperanan membantu Musk menangani tekanan hebat terhadap pengiklan yang menarik diri kerana isu keselamatan jenama.
Di bawah kepimpinannya, Musk telah memfailkan tuntutan mahkamah yang menuduh pengiklan seperti Mars, Lego dan Nestle atas tuduhan boikot serta penahanan iklan bernilai berbilion dolar.
Ucapan penghargaan turut disampaikan kepada Musk kerana percaya kepada keupayaan beliau dalam melindungi kebebasan bersuara dan mentransformasikan syarikat X.
Setakat ini, tiada sebarang maklumat rasmi dikeluarkan mengenai calon yang bakal menggantikan Yaccarino.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!