Sarawak memperkenalkan model pertanian lestari sebagai langkah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap lembu dan makanan ternakan import.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg mengatakan inisiatif ini dilaksanakan bertujuan menangani harga daging lembu yang tinggi di Sarawak iaitu RM95 sekilogram sekaligus termahal di Malaysia.
Abang Johari memberitahu penawaran harga tinggi itu disebabkan oleh kebergantungan besar Sarawak terhadap makanan ternakan dan lembu dari Australia.
Abang Johari membahas Sarawak kini mengimport lembu yang diternak menerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di Australia dengan pembayaran dolar dan cukai lebih tinggi.
Beliau juga menambah strategi baharu dalam kaedah pertanian adalah melaksanakan sistem penternakan fidlot dan bukan lagi ragut terbuka secara tradisional bagi meningkatkan kesihatan dan kualiti lembu.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Ibadah Korban di Masjid Al-Kawthar di Gedong dalam bahagian Samarahan semalam.
Harga daging lembu di Sarawak berharga RM64 sekilogram jauh lebih tinggi berbanding negeri lain seperti Kelantan RM27.72, Perlis RM30, Terengganu RM30.29, Sabah RM35, Selangor RM39.28, dan Kuala Lumpur RM48.53.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya datang daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!