US dolar pamer prestasi positif pada dagangan Khamis semalam ketika acara simposium tahunan Jackson Hole telah bermula.
Pelabur masih kekal berhati-hati mengarahkan tumpuan paling utama kepada ucapan yang bakal disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada Jumaat untuk petunjuk menjelang mesyuarat September.
Pasaran kini mahukan isyarat lebih jelas berkenaan langkah pemotongan kadar faedah Fed yang dijangka akan dilaksanakan buat kali pertama pada September setelah kadar faedah dikekalkan sepanjang tahun ini.
Sementara itu, pelabur memerhati laporan data yang diterbitkan pada Khamis semalam dalam meneliti sektor pembuatan dan perkhidmatan ketika faktor tarif global masih menjadi risiko mempengaruhi ekonomi.
Namun, bacaan pada Ogos hadir dengan bacaan yang baik dengan data PMI Jerman meningkat walaupun tidak menunjukkan perbezaan yang ketara.
Untuk PMI UK pula, bacaan bagi sektor perkhidmatan cemerlang meningkat di atas paras 50 mata namun sektor pembuatan sedikit menguncup.
Menjadi tumpuan di sesi New York semalam, data PMI bagi kedua-dua sektor di Amerika Syarikat (AS) catat bacaan memberansangkan dengan peningkatan kukuh di atas paras 50 mata.
Data tersebut menyokong kembali pengukuhan US dolar ketika pasaran masih berwaspada dengan bermulanya acara simposium Jackson Hole semalam.
Data jualan runcit Kanada akan diperhatikan seketika di pembukaan sesi New York malam ini sebelum semua mata akan tertumpu kepada Fed Powell.