Pergerakan mata wang utama dilihat bercampur pada Khamis setelah pelabur disajikan data-data ekonomi yang diterbitkan dalam menilai sektor penting bagi ekonomi utama.
PMI pembuatan dan perkhidmatan untuk Jerman tidak menunjukkan perbezaan yang ketara untuk bulan Julai, tidak memberikan kesan kepada pergerakan mata wang Euro.
Data yang sama bagi UK pula menunjukkan penurunan, menekan mata wang Pound jatuh bermula di sesi Eropah sehingga bersambung ke sesi berikutnya.
PMI AS pula bercampur dengan sektor pembuatan menunjukkan penguncupan kepada 49.5, meleset berbanding jangkaan untuk ramalan di atas paras 50 mata.
Namun, sektor perkhidmatan cemerlang meningkat kepada 55.2 mata.
US dolar menunjukkan arah pergerakan yang bercampur menuju dagangan ke penghujung minggu ini.
Turut menjadi tumpuan semalam, keputusan mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) yang menepati ramalan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 2.15%.
Kenyataan susulan yang disampaikan oleh Presiden Christine Lagarde bernada berhati-hati dan dilihat tidak menunjukkan arah yang jelas untuk dasar monetari selanjutnya.
Presiden Donald Trump mencuri perhatian apabila melawat Federal Reserve (Fed) dengan kunjungan beliau diiringi oleh Pengerusi Fed Jerome Powell.
Dengan ketidaktentuan ekonomi global ketika ini, pelabur harus bijak mencari peluang untuk buat untung dengan mengenal pasti perubahan trend, membaca pergerakan harga dan menguruskan risiko dengan baik. KLIK LINK untuk sertai HUSTLE24HOUR Familia dan mulakan perjalanan bersama ahli komuniti yang terbaik!