Eco-Shop Marketing Bhd akan mengembangkan organisasi perniagaan dengan membuka sekitar 70 cawangan baharu pada setiap tahun untuk memacu penembusan pasaran.
RHB Investment Bank Bhd memaklumkan bahawa pembukaan cawangan baharu kedai barangan harga murah itu akan disokong oleh peningkatan kapasiti dalam pemprosesan pengedaran.
RHB Bhd menyatakan pertumbuhan rancak dalam rangkaian membolehkan kumpulan itu memanfaatkan pertumbuhan industri yang pesat, sekaligus memperkukuh kedudukan Eco-Shop dalam pasaran mengatasi pesaing baharu.
Bank pelaburan itu turut menyifatkan industri barangan murah ini akan terus berkembang pesat susulan peningkatan dalam kadar penembusan pasaran untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Menurut data Frost and Sullivan, industri tersebut dijangka mencatatkan pertumbuhan 14% dari 2024 hingga 2029, mengatasi kadar pertumbuhan 6% bagi jualan runcit berasaskan kedai secara keseluruhan.
Situasi ini berkemungkinan mendorong pengguna untuk memilih kedai berkonsepkan harga yang lebih rendah dan mampu milik disebabkan oleh keadaan inflasi semasa.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.