Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjangkakan eksport minyak sawit akan pulih pada separuh kedua 2025 didorong oleh permintaan musim perayaan yang lebih kukuh di pasaran utama.
Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata permintaan dari India dipacu oleh keperluan stok musim perayaan, harga sawit yang menarik dan duti import lebih rendah ke atas minyak sayuran mentah.
Beliau turut memberitahu meskipun jumlah eksport menurun, pendapatan minyak dan produk sawit Malaysia meningkat 9.3% kepada RM53.43 bilion sepanjang Januari hingga Jun 2025 dengan nilai eksport mencecah RM34 bilion.
Menurut data MPOB, eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit pada separuh tahun ini merosot 7.4% kepada 11.39 juta tan berbanding tempoh Januari hingga Jun tahun lalu.
Eksport minyak sawit menyusut sebanyak 7.7% kepada 6.95 juta tan sepanjang tempoh enam bulan susulan permintaan yang lemah dari India, China, Kesatuan Eropah (EU), Bangladesh dan Mesir.
Selanjutnya, walaupun jumlah keseluruhan eksport minyak sawit menurun pada separuh pertama 2025, Malaysia mencatatkan pertumbuhan dalam jumlah eksport ke Iran, Kenya, Nigeria dan Filipina.
Eksport minyak sawit Malaysia bagi keseluruhan tahun 2025 diunjurkan merosot sebanyak 5.3% daripada 16.9 juta yang direkodkan pada 2024.
Pasaran bergerak pantas, peluang terbaik datangnya daripada mereka yang bersedia. Anda tak nak terlepas? Rebut peluang untuk sertai program HUSTLE24HOUR untuk tingkatkan level anda dalam trading selepas ini. KLIK LINK UNTUK JOIN H24H!