Tarif Amerika Syarikat (AS) telah memberikan kesan kepada lebih 50 buah negara termasuk Malaysia dan negara Asean lain.
Namun, situasi ini tidak sedikit pun membuatkan kerajaan untuk berhenti mengeksport minyak masak ke pasaran AS.
Meskipun, Malaysia telah dikenakan tarif timbal balas sebanyak 24 peratus.
Kenyataan ini disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Begitu pula, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani turut menyokong pernyataan amanat PM itu.
Zahid mengatakan isu kenaikan tarif ini tidak wajar dipolitikkan dan menggesa rakyat bersatu hati dalam mendepani masalah ini.
Beliau turut mengatakan lagi, rakyat Malaysia harus bersama-sama memberikan sokongan terhadap visi Perdana Menteri sebagai satu fikrah demi mendepani tekanan tarif ke atas negara.