Eksport minyak sawit Malaysia mencatatkan peningkatan kepada 1.26 juta tan pada Jun 2025, berbanding 1.21 juta tan pada Jun 2024, 1.17 juta tan pada Jun 2023 dan 1.19 juta tan metrik pada Jun 2022.
Menurut kenyataan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) semalam, inventori minyak sawit meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan, mencecah 2.03 juta tan pada bulan yang sama.
MOPC turut menyatakan pada separuh pertama 2025, Kenya menjadi pembeli kedua terbesar minyak sawit Malaysia mengatasi negara-negara Kesatuan Eropah (EU) sebanyak 21,000 tan dan China sebanyak 117,000 tan.
Kenya kekal sebagai pasaran utama yang berkembang pesat didorong oleh peningkatan penggunaan domestik dengan lebih 90% daripada import minyak sawitnya digunakan untuk penggunaan makanan.
Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka terus kukuh antara RM4,100 dan RM4,300 setan pada bulan akan datang susulan permintaan sempena perayaan India dan kenaikan harga minyak soya Amerika Syarikat (AS).
Firma itu juga membahas harga minyak sayuran global pulih semula kerana dipacu harga minyak kacang soya yang melonjak 19% sejak Januari, mengatasi minyak biji sesawi (6.6%), minyak sawit (3.7%) dan minyak bunga matahari (1.7%).
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Tapi tak ramai ambil kisah atau tak jumpa tempat untuk belajar tentang pasaran kewangan. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.